
Berita Diari Minggu Ke-5 Hari Pertama Hingga Kelima AF8 pada 16 April 2010
Anggapanmu Milik Shahir
Dalam Diari Akademi Fantasia yang disiarkan sebentar tadi di Astro Ria (saluran 104), kita dapat melihat tugasan pelajar untuk minggu yang kelima. Terjawab kini, Shahir akan diuji dengan lagu Anggapanmu nyanyian asal Ziana Zain. Kebanyakan pelajar nampaknya senang dengan lagu tugasan namun ada juga yang sebaliknya
Namun, cabaran harus diteruskan. Mereka perlu membuktikan kemampuan mereka untuk terus kekal berada di Akademi Fantasia. Tekanan juga pastinya akan bertambah. Hanya yang kuat akan terus bertahan. Berikut adalah senarai lagu tugasan bagi konsert minggu kelima:
NADIMAU
MAULANA – Ku Bukan Aku (Tilu)
NAD – My Happy Ending (Avril Lavigne)
ADIRA – Seri Mersing (Datuk Sharifah Aini)
TRIPPING
SHAHIR – Anggapanmu (Ziana Zain)
AIN – Halo (Beyonce)
HANDSOME BOYS
IWAN – Oh Juwita (Nubhan)
DAUS – Benar-Benar (Adam)
FARINA – Mana Mungkin (Dayang Nurfaizah)
LAGU BONUS
Konsert: Kau & Aku (Akim & Mila)
Debaran: Pergi (Aizat)
Mampukah mereka menggalas cabaran minggu ini? Saksikan persediaan mereka dalam Diari Akademi Fantasia setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.30 malam hanya di Astro Ria (saluran 104)
Bibit Cinta Ain & Maulana
Hubungan Ain dan Maulana semakin intim, adakah mereka akan mengikut jejak Rosma dan Khai juga Rich dan Velvet? Tanpa komunikasi dengan dunia luar, kehidupan pelajar ini terhad dalam linkungan mereka saja. Sehari dua mungkin boleh disembunyikan, namun tidak selepas lima minggu. Semuanya dalam Diari Akademi Fantasia, 7.30 malam ini di Astro Ria (saluran 104)
Sebelum itu, pelajar lelaki bagai sengaja mengundang kemarahan Cikgu Linda hari ini. Mereka memakai seluar jeans sedangkan ada kelas tarian. Apa lagi, tentulah denda menanti mereka. Sementara itu, Shahir dan Daus gigih berlatih dalam kelas vokal Cikgu Siti Hajar. Semuanya bagi memastikan persembahan minggu ini tidak mengecewakan fakulti dan peminat mereka di luar sana
Paling menarik tentulah untuk kita mengetahui reaksi Adira apabila kembalinya B-Bot ke Akademi. Khabarnya, Adira tidak dapat fokus dalam kelas vokal kerana tidak sabar untuk bertemu B-Bot. Rupa-rupanya b-Bot kembali dengan membawa hadiah istimewa. Semuanya dalam Diari Akademi Fantasia, 7.30 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104)
Kekasih Maulana Minta Penjelasan - 15 April 2010
Hubungan Ain dan Maulana bukan lagi rahsia. Namun pada masa yang sama, khabarnya Maulana sudah mempunyai teman istimewa di luar sana. Hati mana yang tidak terusik apabila kekasih hati bermain cinta di Akademi. Untuk mendapat kepastian, kekasih Maulana datang ke Akademi minta penjelasan tentang hubungan mereka. Semuanya dalam Diari Akademi Fantasia, 7.30 malam ini di Astro Ria (saluran 104)
Sebelum itu, Farina menerima kunjungan mesra jejaka terhangat Malaya hari ini. Bertuahnya badan, bukan datang tangan kosong, siap bawa bunga dan coklat. Namun, Farina seperti tidak keruan apabila ‘si dia’ merenung matanya ketika sedang berlatih vokal di depan Cikgu Siti Hajar. Farina turut makan tengahari bersama malah si tetamu istimewa ini turut menyanyikan lagu khas buat Farina
Menarik jua untuk kita mengikuti perkembangan perhubungan Iwan dan Nad. Apa jawapan Iwan terhadap soalan kepastiaan Nad tentang hubungan mereka. Wah! Nampaknya hubungan cinta terus mekar dalam Akademi Fantasia sepanjang minggu kelima ini. Mungkin ini caranya menghilangkan tekanan tugasan mingguan. Semuanya dalam Diari Akademi Fantasia, 7.30 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104)
Shahir Bukan Pemalu - pada 16 April 2010
Shahir bukanlah pemalu. Cuma mungkin sudah terbiasa dengan sifat yang bersederhana. Sebenarnya, dia merupakan pelajar paling kelakar ketika di Akademi. Cikgu Fatimah Abu Bakar berusaha dengan gigih untuk mengeluarkan sifat sebenar Shahir supaya boleh dipraktikkan ketika persembahan di konsert. Semuanya dalam Diari Akademi Fantasia, 7.30 malam ini di Astro Ria (saluran 104)
Dalam kelas persembahan vokal bersama Cikgu Adnan Abu Hassan, kita dapat mendengar kemerduan suara Ain. Ini ditambah lagi dengan iringan piano yang dimainkan Cikgu Adnan. Manakala, Nad sedang gigih berlatih lagu tugasannya minggu ini , My Happy Ending. Ada bahagian nyanyiaan Nad yang agak menarik dan meyakinkan
Paling menarik tentunya untuk kita mengetahui ciri-ciri pasangan idaman pelajar. Apakah sifat lelaki yang diinginkan Farina, Adira dan Ain. Apakah pula ciri wanita dambaan Shahir dan Daus. Siapakah pula dua (2) selebriti pujaan yang mengunjungi Ain di Akademi? Semuanya dalam Diari Akademi Fantasia, 7.30 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104)
Sila klik di sini untuk mengikuti video klip Diari AF8 Minggu kelima Hari Pertama Hingga Hari Kelima - 12 April 2010 hingga 16 April 2010
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.astro.com.my
Astro Ria Saluran 104
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments:
Post a Comment