On the spur of the moment, it makes its appearance. Dazzling and mesmerizing, the meteor flashes across the sky. Its brilliance is temporary yet immortalised in the eyes of many.

    Sunday, March 14, 2010

    Konsert Rocket! Destinasi Bintang yang disiarkan pada 13 Mac 2010 pukul 10.30 malam


    Saksikan Konsert Roket! Destinasi: Bintang
    Teks Oleh Ellyna Ali

    KUALA LUMPUR, 11 MAC 2010: Anda sudah menemui bintang Akademi Bintang Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7), Hafiz, Aril dam Akim selama 7 episod di dalam program realiti Roket! Destinasi: Bintang yang pernah bersiaran di Astro Ria sebelum ini pada 22 Januari hingga 5 Mac lalu.

    Anda juga sudah mengikuti setiap kerenah, telatah serta gerak-geri mereka sepanjang 7 episod ini dipaparkan dan bagaimana mereka berurusan dengan pihak penganjur serta pihak penerbit.

    Kini saksikan pula detik-detik dan kemuncak hasil persediaan mereka di dalam Konsert Roket! Destinasi: Bintang. Adakah Aril mampu membawakan lagu "Starlight" yang dipopularkan kumpulan Muse dari United Kingdom dengan bagus?

    Apakah pula reaksi penonton apabila mendengar lagu terbaru, Inilah Cinta hasil ciptaan Akim sendiri yang berkisar tentang luahan perasaannya terhadap cinta.

    Berjayakah pula Hafiz yang juga juara AF7 menjiwai lagu Allahyarham Sudirman "Antara Hujan & Airmata" yang penuh melakonlik dengan begitu baik sekali?

    Apa yang menarik ketiga-tiga bintang AF7 ini telah beraksi di pentas yang dilatari air terjun indah di acara kemuncak Konsert Roket! Destinasi: Bintang ini telah diadakan di Borneo Rainforst @ Sunway.

    Menarikkan? Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan acara kemuncak Konsert Roket! Destinasi: Bintang yang di Saluran Astro Ria (104) pada Sabtu, 13 Mac 2010 ini bermula jam 10.30 malam. Hanya di Astro Ria.
    sumber: http://www.murai.com.my/

    Video klip Konsert Rocket! Destinasi Bintang

    Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
    http://www.murai.com.my/
    http://www.astro.com.my
    http://www.tv-malaysia.com/
    dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

    0 comments:

    Post a Comment